Linahlynn

Ruang pencarian

Jumaat, 17 Ogos 2018

RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN (RPK DALAM MASA 7 MINIT)

Saya nak kongsi tips RPK. masa yang diberi adalah 7 minit sahaja. Jadi jangan berlengah-lengah bila buat tu. Maklum la mood JPJ ne bukannya menentu. Kena-kena pula korang test sebelah pagi. Jadi mood dia tu ada lain sikit. Macam nak bagi gagal ja. Hurmmm...

JOM CHEKOUT

MULA-MULA PERKENALKAN DIRI
  1. Bumbung kenderaan bersih tidak kemek
  2. Cermin depan tidak pecah/retak
  3. Cukai jalan/road tax masih aktif berkuat kuasa pd_____________(Sebut tarikh tersebut)
  4. Wiper getah lembut, masih boleh digunakan
  5. Bonet hadapan bersih / tidak kemek
  6. Lampu besar / lampu kecil kiri kanan tidak pecah/retak
  7. No Plat : no genap / tidak pecah
  8. Bumper hadapan kukuh dan dalam keadaan baik
  9. Tayar hadapan kiri / kanan
    1. Bunga tayar masih tebal
    2. Tekanan angin mencukupi
    3. Rim tidak kemek
    4. Nat ketat
  10. Lampu isyarat sisi kanan / kiri tidak pecah
  11. Cermin  sisi kanan/ kiri
  12. Pintu hadapan kanan /kiri boleh dibuka dan ditutup dgn baik
  13. Tingkap cermin tidak pecah /retak
  14. But belakang tidak kemek
  15. Cerming belakang tidak pecah/retak
  16. Lampu brek / lampu isyarat & lampu undur ok dan tidak pecah
  17. Wiper belakang getah lembut dan masih boleh digunakan
  18. No plat belakang : no genap / tidak pecah
  19. Bumper belakang  kukuh dan dalam keadaan baik
BACA JUGA RUTIN SEBELUM MEMANDU (RSM)
Periksa peralatan
  1. Tanda amaran 3 segi : Ada
  2. Jek  dan pemulas     :  Ada
  3. Pembuka nat tayar   : Ada
  4. Kotak ubat             : Ada
  5. Alat pemadam api : Ada
  6. Spare tayar         : bunga tayar masih tebal boleh digunakan
: Tekanan angin mencukup
: Rim tidak kemek
PERIKSA ENJIN
1.       Batang penyukat minyak enjin – mencukupi di ats f/ klu kurang dibawah f
2.       Cecair brek mencukupi / kurang perlu ditambah
3.       Tali sawat ketat /tidak berbulu
4.       Tangki penyimpan air wiper mencukupi/tidak ada penutup
5.       Tangki simpanan air
6.       Radiator ok
7.       Bateri ok – terminal positif dan negatif ok tidak berkarat / indicator bateri (hijau masi boleh digunakan)
8.       Hos
9.       Oleh kerana kendaraan ini tidak menggunakan minyak power stering. Oleh itu, ruangan enjIn tak mempunyai ruangan tabung minyak kuasa.

Selamat MAJU JAYA.
Dapat lesen tu hati-hati memandu. 

Tiada ulasan: