Linahlynn

Ruang pencarian

Ahad, 31 Januari 2016

Antara Artis popular berniaga tudung

Sekarang ramai artis berhijab dan ramai juga mengambil kesempatan untuk mengeluarkan jenama tudung sendiri. Memang tidak dinafikan artis memang mempunyai peminat tersendiri dan boleh mempengaruhi jualan tudung tersebut.
Mari kita tengok artis-artis yang mengeluarkan jenama sendiri.
1.Siti Nordiana
Sejak popular ini Siti Nordiana mengeluarkan jenama tudungnya sendiri, iaitu NanaRayyan sempena nama anaknya dan dirinya. Ramai je peminat-peminatnya beli demi menyokong perniagaan Siti Nordiana. Ok la itu. Terbaik. Caranya betudung memang paling comel. Ini instagram Nanarayyanhijabs .

2. Neelofa - Naelofar Hijab

Baru-baru ini jualan tudungnya mengaut keuntungan Rm50juta pada tahun 2015. Fuyo, banyak tu. Walaupun harga tudung beliau tidak melebihi Rm100 dia mempu mengaut keuntungan sebanyak itu. Dia mempunyai 700 pengedar seluruh Malaysia dan luar negara. Begitu top sekali.

3. Rozita che Wan - Padusi

Padusi berasal dari bahasa Minangkabau, Indonesia yang bermaksud seorang wanita yang ayu dan bersifat lemah lembut.
Che Ta juga berkongsi perniagaan bersama dua orang adiknya iaitu Ayu Raudah dan Rubytah.

4.Siti Nurhaliza - Kalista by Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor negara kita juga tak ketingalan mencuba nasib dalam perniagaan tudung. Selain berniaga tudung mesti korang tahu dia juga seorang pengasas produk komsetik SimplySiti.

5.Yana Samsudin - Ayana by Yana Samsudin

Tudung Ayana ini mudah dipakai kerana tanpa memerlukan sebarang pin mahupun anak tudung untuk tampik kemas.

6.Nora Danish - Owl Shawl by Nora Danish

kebiasannya artis yang bertudung atau baru berhijab mahu menceburi perniagaan tudung tetapi berlainan dengan Nora. Walaupun tidak bertudung dia mampu mengeluarkan jenama tudungnya sendiri.

like : Jadilah Bijak (Fan page utk seorang blogger)

 

7.Umi Aida - Tudung J Hijab By Umi Aida

Pelakon ini baru memulakan perniagaan penjualan tudung yang dikongsi bersama pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie. Harga tudung pula bermuka Rm100 - Rm450. Mesti korang cakap mahal. Biasalah artis mestilah jual sepadan dengan populariti. Kalau mahal tak payahlah beli. Kita kena ikut kemampuan kita. Kuasa pembeli ditangan masing-masing. Betul tak?


Tiada ulasan: