Linahlynn

Ruang pencarian

Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan

Rabu, 27 Julai 2016

Riview dan sinopsis Filem Bajrangi Bhaijaan


Lepas makan dan mandi semua. Memandangkan hari ini mood Hindustan. Saya pilih filem Bajrangi Bhaijaan untuk ambil mood.

Sebelum itu kita tengok detail dia dulu:

Detail filem
Arahan :Kabir Khan 
Keluaran: Salman Khan dan Rockline Venkatesh
Pelakong : Salman Khan (Pawan Kumar), Harshaali Malhotra(shahida @ Munni) , dan Kareena Kapoor (Rasika)
Tahun ditayangkan : 2015

Baca juga --> Riview Filem Legand Of Tarzan

Kata saya :
Seorang lelaki yang bernama Pawan Kumar bertemu seorang kanak-kanak perempuan, Sahida yang berasal dari negara seberang iaitu Pakistan. Sahida telah terpisah dengan Ibunya setelah kembali dari negara India. Tujuan Ibu dan Sahida ke India adalah untuk mengunjungi tempat suci di Delhi demi menyembuhkan kebisuan anaknya sejak kecil.

Pawan yang dikenali sebagai "Bajrangi" adalah penganut Dewa Hanuman. Walaupun berbeza agama dan bangsa, Pawan bertekad memulangkan Sahida ke pangkuan keluarganya walaupun berbagai rintangan yang harus dilalui.

Senarai Rintangan dia(ini pun kena bagitahu)
  • Sahida seorang gadis bisu jadi menyukarkankan mengetahui di mana Sahida berasal.
  • Menyebrang sempadan India-Pakistan tanpa Pasport menyukarkan perjalanannya. Tambah-tambah lagi dia seorang yang jujur.
  • Di anggap seorang perisik. Sejak itu perjalanannya bertambah kacau bilau kerana di kejar oleh pihak berkuasa(Polis).
  • Pakistan dengan India mempunyai masalah konflik. Jadi tak dapat mengeluarkan pasport sementara waktu.
Ini saja setahu saya. Tapi akhirnya  Pawan berjaya juga menyatukan Sahida dengan Keluarganya dengan bantuan seorang reporter berasal dari Pakistan.

Walaupun jalan cerita dia ringan,lucu dan sedih. Ia mempunyai pengajaran sendiri. Apa-apa pun filem ini best jalan cerita dia memang mantap.Lebih-lebih lagi muzik yang diselitkan serasi sangat dan watak Sahida itu comel sangat. Filem ini dikatakan rantingnya mendahului filem "3 Idiot".


Isnin, 11 Julai 2016

senarai movie Scarlett Johansson


Scarlett Johansson

Scarlett adalah salah satu artis wantia yang menjadi kegemaran saya. Kalau bab-bab aksi memang dia lah terbaik. Lincah banget...

Jom tengok senarai movienya yang pernah diwatakkan olehnya

  1. Lucy 2014
  2. The Avengers 2012
  3. Under the Skin 2012
  4. Avenger : Age Of Ultron 2015
  5. Don Jon 2012
  6. Iron Man 2 
  7. Captain America : Civil War 2016
  8. Captain America : The Winter Solider 2014
  9. Lost In Translation 2003
  10. The Island 2005
  11.  Match Point 2005
  12. The Prestige 2006
  13. The Jungle Book 2016
  14. Ghost World 2001
  15. Vicky Cristina Barcelona 2008
  16. He's Just Not That Into you 2009
  17. The Horse Whisperer 1998
  18. The Other Boleyn Girl 2008
  19. Ghost In The Shell 2017
  20. We Bought a Zoo 2011
  21. Scoop 2006
  22. Home Alone  3 1997
  23. Hail Caesar 2016
  24. A Love Song for Bobby Long 2004
  25. The Black Dahlia 2006
  26. A Good Women 2004
  27. The Spirit 2008
  28. Chef 2014
  29. Eight Legged Freaks 2004
  30. The Nanny Dairies 2007
  31. In Good Company 2004
  32. The Man Who Wasn't There 2001
  33. Girl With a Pearl Earring 2003
  34. Manny & Lo 1996
  35. Sing 2016
  36. An American Rhapsody 2001
  37. The Spongebob Suarepants Movie 2004
  38. Just Cause 1995
  39. Hitchcock 2012
  40. If Lucy fell 1996
  41. Her 2013
  42. My Brother the Pig 1999
  43. North 1994
  44. Fall 1997
  45. These Vagabond Shoes 2009
  46. Deep Down 2014

Jumlah dia 46. Banyak juga ya. Paling best Movie Lucy, The Island, Captain America : The Winter Solider 2014, Captain America : Civil War 2016 dan The Avengers 2012. Semua movie dia pn best juga cuma yang lain belum tengok












Ahad, 3 Julai 2016

Review filem The Legand Of Tarzan

Gambar sekadar hiasan
Kali ini saya tengok Filem The Legand of Tarzan pula... Dan saya akan kongsikan review saya untuk korang. Keseluruhan cerita ini memang lambat masuk di hati ku... Mungkin bukan jiwa saya. Filem Tarzan ini berbeza dari Filem-filem yang sebelum ini. Tak sama seperti filem  Jungle Book. Tapi ia mengisahkan kehidupan Tarzan selepas keluar dari hutan dan berkahwin dengan seorang gadis yang berasal dari bandar.
Bolehlah cuma tak banyak babak yang menarik. Tak banyak aksi dan pengembaraan. Banyak babak kosong (saya pun tak tahu apa tu babak kosong, yang saya tahu tanpa babak itu kita tak rugi terlepas tengok babak itu, jadi bolelah keluar sekejap ke tandas).

Setahu saya pengarah ini dari filem terkenal Harry Potter tapi kenapa ya tak sebagus Harry Potter? Kalau korang nak tengok, tengoklah. Jangan pula lepas baca riview saya korang tak pergi. Nanti saya pula yang dipersalahkan. Pandangan manusia berbeza jadi jangan terpengaruh dengan apa yang korang belum tengok dan lihat. Betulkan?

Sinopsis
John Clayton III adalah nama sebenar Tarzan. Ia mengisahkan kehidupan Tarzan selepas menikahi seorang gadis bernama,Jane Porter.  Ratu Victoria mengutus Tarzan untuk menyelidik beberapa insiden yang berlaku di Cango. 

Namun Jane,isterinya tekah diculik oleh Kapten Leon Ram. Di sinilah bermula Tarzan memulakan ekspedisinya semula.

Ranting saya untuk filem ini:
Keseluruhan cerita 3/5
Triler 5/5

Follow me : Instagram

Maksud saya kenapa keseluruhan cerita tak sama ranting triler.
Ini disebabkan keseluruhan cerita tidak sebaik triler yang kita tengok. Pandangan kita berbeza. Ini hanya pandangan saya sahaja. 

Detail penuh Filem ini
Genre : Action and Adventure
Pengarah : David Yates
Pelakon:
Alexander Skarsgard sebagai Tarzan
 Morgot Robie sebagai Jane Porter
Samuel L.Jackson sebagai George Washington George
Christoph Waltz
 keluaran Warner Bros

Jumaat, 20 Mei 2016

Artis yang menonton Drama Semanis Honey


Sekarang ini drama yang sedang hot gile... Apa ya?

Semestinya Dia Semanis Honey (DSH).

Ramai orang komen best termasuk saya lah. Apa kata korang pula? Setiap hari mesti trending. tak pernah-pernah begitu fokus tengok drama sebelum ini. Tetiba pula terfokus tengok drama ini.

Jom tengok twet2 artis-artis yang layan drama DSH ne...

Komen Dato Siti Nurhaliza. Bukan calang-calang tau peminat Drama DSH ini.


Fara Fauzana tak henti-henti bagi twit pasal . Korang cari ja #
 Misha Omar pun turut support drama ini tau

 Jom tengok twit2 mereka ni..

Ada-ada ja ya peminat buat undian. Memang DSH menang besar nampaknya.
 Setiap hari DSH ditayangkan memang treading setiap episode. Gambar ini segelintir ja. Lebih kena tengok.


 Kalau nak baca-baca  twit-twit ne. Korang search  #diasemanishoney.

K, Bye...







Khamis, 5 Mei 2016

Drama Dia Semanis Honey lakonan Siti Nordiana




Drama Dia Semanis Honey mendapat sambutan hangat dari natizen-natizen termasuk saya sendiri. Drama ini baru ditayangkan di Astro ria bermula pada 2hb Mei 2016 jam 10 (maknanya dalam minggu inilah). Drama ini mempunyai 16 episode yang diarahkan oleh Pengarah terkenal Michael Ang.

Barisan pelakon DSH ini adalah Siti Nordiana , Alif Sattar dan Hairul Azreen.
Hari itu beli dekat laman web Kaki novel.
Ramai orang cakap novel ini laris sangat dna susah nak dapat stock. Nasib hari itu beli online sebelum drama ini ditayangkan lagi.
Oklah, saya bagi link untuk berli novel ini klik sini.

Sebelum ini tak layan pun drama-drama melayu ini. Entah tetiba pula jadi suka. Mungkin sebab heroin dia la ne, Siti Nordiana.

Baru beberapa hari drama ini asyik trending ja dekat twitter.

 
Jom tengok apa komen-komen yang tengok drama ini. Rata-rata emo pada episode 4. Hehe..




Okla. Jangan lupa sambungan Dia semanis Honey minggu depan pula. Trending #Diasemanishoney .







Sabtu, 12 Mac 2016

Gambar siti Nordiana bercuti dekat Madrid

Siti Nordiana bercuti bersama peminat ke Madrid. Rayyan, anak Nana juga turut serta. Tidak ketingalan juga pengacara progam Gegar Vaganza, Nabil turut serta.

Jom tengok gambar-gambar Naña dekat sana. 


Nana dan anaknya








cantiknya Nana berada dekat padang RealMadrid.


Semoga Nana baik-baik noh dekat sana. Kirim salam dekat Ronaldo.

Khamis, 3 Mac 2016

Siti Nordiana berlakon dalam drama "Dia Semanis Honey"

Siapa peminat Siti Nordiana sini?

Memang lama tak nampak Nana berlakon sejak filem Prahara dan Helah.

Jom tengok siapa pelakon dalam drama ini. Apa watak nana erk...

Alif Satar - Ahnaf
Siti Nordiana - Hani
Hairul Azreen - Adam

Memang tak sabar nak tengok drama ini. Mesti best kan. Mesti laku novel tu kan sebab tak sabar nak tengok.

Jom tengok gambar-gambar shooting mereka.





Rabu, 24 Februari 2016

Kumpulan Band popular zaman 1980an

Siapa lahir 1980an mesti kenal penyanyi-penyanyi zaman dahulu kala. Hehe. Dulu-dulu mesti sanggup beli majalah Mangga atau Urtv untuk melihat artis pujaan korang. Saya tak pernahlah beli pinjam kawan ja. Lepas beli mesti korang koyakan/gunting artis kesayangan korang buat satu majalah persendirian. Zaman band-band ini popular saya baru dekat sekolah menengah.
Ini dia antara band popular suatu ketika dahulu;

1. New boyz

Kumpulan ini aktif pada tahun 1999 hingga tahun 2006. Album yang paling hit ialah lagu sejarah mungkin berulang. Mereka bukan popular di Malaysia saja malah di Brunei, Singapura, dan Indonesia. Pernah album mereka di jual sebanyak 100,000 unit. Banyak tu. Penyanyi band ini adalah Tomok. Sampai sekarang Tomok masih aktif. Tak tahu lah pula rakan-rakan Tomok lain.

2.Spin

Kumpulan Spin ditubuhkan sejak tahun 1998 yang di anggotai oleh Achik (Vokal), Ayie , Talhar, dan Rayme.  Sejak Achik spin meninggal pada tahun 2010. Kumpulan ini sepi sehinggalah baru-baru adiknya Ayie menggantikan posisi abangnya, Achik. Kumpulan ini juga selalu menyanyikan lagu bersama penyanyi Siti Nordiana. Antara lagu popular mereka adalah lagu Janji kita, Hadirlah Mustika dan sebagainya.

3. Boboy

Kumpulan ini terdiri lima orang anggota iaitu Naqiu(vokal) , Muz, Didi, Zul dan Shah. Ini zaman sekolah kita orang. Balik dari sekolah mesti driver bus pasangkan. Semua ikut nyanyi bila lagu Boboy dipasang. Siap hafal lirik lagi tu. Sampaikan buku latihan dijadikan buku lirik. Rindunya zaman ini.

4. Q Face

Band ini ditubukan pada pada tahun 2000 dianggotai oleh Fairuz(vokal), Angah, Noh, Azan dan Qimie. Semua anggota ini belasan tahun. Lagu mereka paling popular adalah Izinkanlah.

5. Antz

Kumpulan ini ditubuhkan pada pertengahan tahun 2003 yang dianggotai oleh  Fairuz(Vokal), E-in, E-jan, dan Nan. Mesti korang sangsi kan nama vokal Q face sama dengan kumpulan ini. Memang orang sama pun. Kumpulan ini saya tak berapa kenal. Cuma kenal nama ja. Antara lagu mereka popular iaitu Resah, sebati dan Prasangka.

6. Spring

Kumpulan Pop ditubuhkan pada tahun 1987 yang terdiri oleh Ameng, Acong(baru-baru ada ikut program gegar veganza), Mp, Iskandar, dan Zahar. Band terbanyak menjual album iaitu 500,000 unit. Malah meraih anugerah Kumpulan Muzik paling popular tahun 1994 di ABPBH.

7. Spoon

Tahun aktif pada tahun 1999. Kerana populariti juga penyanyi ini di bunuh oleh seorang koprel polis  (Tak pasti pula pasal apa). Lagu paling popular adalah Rindu serindu rindunya. Sampai sekarang lagu itu tak perlu hafal memang sentiasa menjadi siulan.

Kalau korang peminat siapa?

Ahad, 14 Februari 2016

Riview Filem Deadpool (2016)

Siapa dah tengok filem Deadpool? Best tak? Bagi saya biasa-biasa saja. Bolehlah cuma ada aksi yang terlebih ganas. Tak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.


Sinopsis Filem  Deadpool (2016).
Filem ini mengisahkan Wade Wilson (Ryan Reynolds) yang mempunyai kanser di tahap terakhir. Dia telah ditawarkan oleh sebuah organisasi untuk mehilangkan kanser tersebut .Demi cintanya kepada kekasihnya,Venissa Carlysle dia telah terima tawaran tersebut. Namun sebaliknya berlaku, walaupun kansernya hilang ia telah memberi kesan yang negatif terhadap dirinya apabila tubuhnya dijadikan sebagai bahan superhero demi kepentingan kepada organisasi itu. Misi Wade membalas dendam terhada Francis yang membuat wajahnya menjadi buruk dan menyelamatkan kekasihnya. Itulah sedikit tentang filem Deadpool. Kalau nak tahu lebih lanjut tengok dekat panggung.

Baca juga : Riview Filem The 5th wave
 
Filem ini berunsurkan kekerasan ekstrem, penampilan tak senonoh dan adegan seks - Walaupun ada adegen dipotong tetapi masih sama tetap tak sesuai. Keganasan melampau batas. Dengar-dengar dekat China, filem ini tidak ditayangkan. Siapa minat filem ini p lah tengok.

Drama yang dibintangi oleh Gong Hyo Jin

Gong Hyo Jin
Nama : Gong Hyo Jin (Kong Hyo Jin)
Tempat lahir : Seoul, Korea Utara
Tarikh lahir : 4 April 1980
Tinggi : 172 cm
Zodiak : Aries
Jenis darah: A
Warna kegemaran : Kuning

Drama yang pernah dibintanginya :
  • 2003  KBS, Let's Go To School
  • 2005 SBS , Hello My Teacher
  • 2007 MBC, Thank you
  • 2010 MBC, Pasta
  • 2011 MBC, The Greatest Love
  • 2011 TVN , Flower Boy Ramyun
  • 2013 SBS, Master's Sun
  • Sang Doo
  • 2014 SBS, It's Okey, That Love

Filem yang dibintanginya : 
  •  2007 A Day With My Son
  • 2007 Happiness
  • 2007 M
  • 2008 I like It This Way
  • 2008 Crush & Blush
  • 2008 Dajjimawa Lee
  • 2008 Sister On The Road
  • 2010 Rolling Home With A Bull
  • 2013 Boomerang Family
Baca juga : Park Shin Hye
 
Penghargaan Yang pernah dimenanginya:
  • MBC Drama Award : mini Series Top Excellence Acting Award (2007)
  • Korea 7th filem Award : best Actress Award (2008)
  • MBC Drama Award : Best Couple Award With Lee Sn Gyun (2010)
  • MBC Drama Award : Mini Series Top Excellence Award , Pasta (2010)
  • MBC Drama Awards : Mini Series Top Excellence Award, The Greatest Love (2011)
  • MBC Drama Awards : Best Couple Award With Cha Seung Won (2011)
  • MBC Drama Awards : Popularity Award (2011)

Sekian info tentang artis korea Gong Hyo Jin.

Ahad, 31 Januari 2016

Antara Artis popular berniaga tudung

Sekarang ramai artis berhijab dan ramai juga mengambil kesempatan untuk mengeluarkan jenama tudung sendiri. Memang tidak dinafikan artis memang mempunyai peminat tersendiri dan boleh mempengaruhi jualan tudung tersebut.
Mari kita tengok artis-artis yang mengeluarkan jenama sendiri.
1.Siti Nordiana
Sejak popular ini Siti Nordiana mengeluarkan jenama tudungnya sendiri, iaitu NanaRayyan sempena nama anaknya dan dirinya. Ramai je peminat-peminatnya beli demi menyokong perniagaan Siti Nordiana. Ok la itu. Terbaik. Caranya betudung memang paling comel. Ini instagram Nanarayyanhijabs .

2. Neelofa - Naelofar Hijab

Baru-baru ini jualan tudungnya mengaut keuntungan Rm50juta pada tahun 2015. Fuyo, banyak tu. Walaupun harga tudung beliau tidak melebihi Rm100 dia mempu mengaut keuntungan sebanyak itu. Dia mempunyai 700 pengedar seluruh Malaysia dan luar negara. Begitu top sekali.

3. Rozita che Wan - Padusi

Padusi berasal dari bahasa Minangkabau, Indonesia yang bermaksud seorang wanita yang ayu dan bersifat lemah lembut.
Che Ta juga berkongsi perniagaan bersama dua orang adiknya iaitu Ayu Raudah dan Rubytah.

4.Siti Nurhaliza - Kalista by Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor negara kita juga tak ketingalan mencuba nasib dalam perniagaan tudung. Selain berniaga tudung mesti korang tahu dia juga seorang pengasas produk komsetik SimplySiti.

5.Yana Samsudin - Ayana by Yana Samsudin

Tudung Ayana ini mudah dipakai kerana tanpa memerlukan sebarang pin mahupun anak tudung untuk tampik kemas.

6.Nora Danish - Owl Shawl by Nora Danish

kebiasannya artis yang bertudung atau baru berhijab mahu menceburi perniagaan tudung tetapi berlainan dengan Nora. Walaupun tidak bertudung dia mampu mengeluarkan jenama tudungnya sendiri.

like : Jadilah Bijak (Fan page utk seorang blogger)

 

7.Umi Aida - Tudung J Hijab By Umi Aida

Pelakon ini baru memulakan perniagaan penjualan tudung yang dikongsi bersama pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie. Harga tudung pula bermuka Rm100 - Rm450. Mesti korang cakap mahal. Biasalah artis mestilah jual sepadan dengan populariti. Kalau mahal tak payahlah beli. Kita kena ikut kemampuan kita. Kuasa pembeli ditangan masing-masing. Betul tak?


Isnin, 25 Januari 2016

Sinopsis London Has Fallen

 
Siapa perna tengok "Olympus Has Fallen"? Best kan? kali ini, Landon Has Fallen pula. Bagaimanakah filem ini? jangan lupa set tarikh anda bagi peminat filem aksi. 

Filem ini akan ditayangkan pada T 3 Mac 2016 yang dibintangi oleh
Gerard Butler , Aaron Eckhart , Morgan Freeman, Alon moni Aboutboul dan Angela Bassett.
Jom kita tengok sinopsip filem ini ? 
Filem aksi ini merupakan sekuel kepada "Olympus Has Fallen". Kisah kali ini bermula di London, di mana kematian misteri Perdana Menteri British menyebabkan semua pemimpin-pemimpin di dunia Barat berkumpul untuk pengebumiannya. Ejen Secret Service, Mike Banning, kemudian menemui plot pembunuhan yang merancang untuk menghapuskan semua pemimpin dunia tersebut. Hanya Banning; Presiden Amerika Syarikat, Benjamin Asher; dan seorang ejen MI-6 mampu menghentikan plot maut itu.
Harap-harap filem ini lebih baik dari "Olympus Has Fallen". 
tengok triler dekat sini
triler Landon Has Fallen

Ahad, 24 Januari 2016

Jom tengok Riview filem The Boy.

Filem The Boy diarahkan oleh William Brent Bell yang ditulis oleh Stacy Manear. Ia dibintangi dua watak sampingan iaitu Lauren Cohan dan Rupert Evans.

Boleh tahan juga bajet membuat filem ini 10Million. Kaut keuntungan belum diumumkan pula sebab baru ditayangkan pada 21 jan 2016.

Kita berdua tengok dekat suria sabah. Lepas pilih dalam jam 2.3pm. Kena tunggu satu jam juga. Sebelum itu jalan-jalan dulu buang masa.

Dalam panggung boleh dikatakan hampir penuh juga. Mula-mula ingatkan cerita ini macam cerita Anabell. Sempat dengar orang buat lawak yang The Boy ini kekasih Anabell. Hihihi.. lawaklah pula.

Berbalik kisah tadi. Mula-mula menakutkan juga sebab ingatkan Patung itu mempunyai roh budak (Braham) sebab rupa dia pun hampir sama dengan anak Pasangan Heelshire. Lagi satu rumah dia ada lain sebab selalu kalau serita seram rumah pun mesti seram tapi rumah dia macam dalam cerita fairytale (yang seram punya).

Filem ini boleh dikatakan seram dan logik juga. kalau nak lagi seram pergilah tengok. Saya recommend kan. Overall jalan cerita dia bagus dan tak membosankan. Setiap babak ada seramnya. Namun, yang hampa dia itu bukan hantu yang keluar tetapi pembunuh. Pandai pengarah dia ni sampai saya tertunggu-tunggu macam mana rupa hantu itu.hihihi. Apa-apa pun memang terbaik sebab timbul juga rasa seram.

Filem ini juga banyak bab seram sampai sebelah saya tak duduk diam sebab ketakutan macam dirasuk pun ada. Mahu ja bagi sumbat popcorn di mulutnya. Nasib Sabar masih ada...

Bab suspen
1. Greta merenung gambar keluarga Heelshire, tiba-tiba gambar budak tu mencekiknya. Rupanya mimpi.
2.Ketika Greta bangun dia melihat Braham tidak ada dibiliknya dan dia ketakutan sebab tidak mengikuti peraturan yang diberi. Dia melarikan diri kebiliknya dan menguncikan pintu. Tiba-tiba tembol pintunya hendak dibuka oleh Braham sedangkan dia hanya patung. Heran juga macam mana patung itu boleh bergerak kan.
3.Ketika bekas teman lelaki Greta iaitu Role menghempas patung itu lalu Hancur berkecai. Dalam hati roh dari patung itu keluar sebab tiba-tiba dalam dinding bunyi suara macam marah.

Bagi saya ranting
  • Jalan cerita 4.8/5 (Dua mata lagi sebab kita target tengok cerita hantu tapi sebaliknyaa.
  • Seram 5/5


Oklah, kalau korang rasa cerita The boy seram kita geng...

Terima kasih baca blog saya.