Linahlynn

Ruang pencarian

Ahad, 24 Januari 2016

Jom tengok Riview filem The Boy.

Filem The Boy diarahkan oleh William Brent Bell yang ditulis oleh Stacy Manear. Ia dibintangi dua watak sampingan iaitu Lauren Cohan dan Rupert Evans.

Boleh tahan juga bajet membuat filem ini 10Million. Kaut keuntungan belum diumumkan pula sebab baru ditayangkan pada 21 jan 2016.

Kita berdua tengok dekat suria sabah. Lepas pilih dalam jam 2.3pm. Kena tunggu satu jam juga. Sebelum itu jalan-jalan dulu buang masa.

Dalam panggung boleh dikatakan hampir penuh juga. Mula-mula ingatkan cerita ini macam cerita Anabell. Sempat dengar orang buat lawak yang The Boy ini kekasih Anabell. Hihihi.. lawaklah pula.

Berbalik kisah tadi. Mula-mula menakutkan juga sebab ingatkan Patung itu mempunyai roh budak (Braham) sebab rupa dia pun hampir sama dengan anak Pasangan Heelshire. Lagi satu rumah dia ada lain sebab selalu kalau serita seram rumah pun mesti seram tapi rumah dia macam dalam cerita fairytale (yang seram punya).

Filem ini boleh dikatakan seram dan logik juga. kalau nak lagi seram pergilah tengok. Saya recommend kan. Overall jalan cerita dia bagus dan tak membosankan. Setiap babak ada seramnya. Namun, yang hampa dia itu bukan hantu yang keluar tetapi pembunuh. Pandai pengarah dia ni sampai saya tertunggu-tunggu macam mana rupa hantu itu.hihihi. Apa-apa pun memang terbaik sebab timbul juga rasa seram.

Filem ini juga banyak bab seram sampai sebelah saya tak duduk diam sebab ketakutan macam dirasuk pun ada. Mahu ja bagi sumbat popcorn di mulutnya. Nasib Sabar masih ada...

Bab suspen
1. Greta merenung gambar keluarga Heelshire, tiba-tiba gambar budak tu mencekiknya. Rupanya mimpi.
2.Ketika Greta bangun dia melihat Braham tidak ada dibiliknya dan dia ketakutan sebab tidak mengikuti peraturan yang diberi. Dia melarikan diri kebiliknya dan menguncikan pintu. Tiba-tiba tembol pintunya hendak dibuka oleh Braham sedangkan dia hanya patung. Heran juga macam mana patung itu boleh bergerak kan.
3.Ketika bekas teman lelaki Greta iaitu Role menghempas patung itu lalu Hancur berkecai. Dalam hati roh dari patung itu keluar sebab tiba-tiba dalam dinding bunyi suara macam marah.

Bagi saya ranting
  • Jalan cerita 4.8/5 (Dua mata lagi sebab kita target tengok cerita hantu tapi sebaliknyaa.
  • Seram 5/5


Oklah, kalau korang rasa cerita The boy seram kita geng...

Terima kasih baca blog saya.

Tiada ulasan: