Linahlynn

Ruang pencarian

Memaparkan catatan dengan label Riview filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Riview filem. Papar semua catatan

Rabu, 27 Julai 2016

Riview dan sinopsis Filem Bajrangi Bhaijaan


Lepas makan dan mandi semua. Memandangkan hari ini mood Hindustan. Saya pilih filem Bajrangi Bhaijaan untuk ambil mood.

Sebelum itu kita tengok detail dia dulu:

Detail filem
Arahan :Kabir Khan 
Keluaran: Salman Khan dan Rockline Venkatesh
Pelakong : Salman Khan (Pawan Kumar), Harshaali Malhotra(shahida @ Munni) , dan Kareena Kapoor (Rasika)
Tahun ditayangkan : 2015

Baca juga --> Riview Filem Legand Of Tarzan

Kata saya :
Seorang lelaki yang bernama Pawan Kumar bertemu seorang kanak-kanak perempuan, Sahida yang berasal dari negara seberang iaitu Pakistan. Sahida telah terpisah dengan Ibunya setelah kembali dari negara India. Tujuan Ibu dan Sahida ke India adalah untuk mengunjungi tempat suci di Delhi demi menyembuhkan kebisuan anaknya sejak kecil.

Pawan yang dikenali sebagai "Bajrangi" adalah penganut Dewa Hanuman. Walaupun berbeza agama dan bangsa, Pawan bertekad memulangkan Sahida ke pangkuan keluarganya walaupun berbagai rintangan yang harus dilalui.

Senarai Rintangan dia(ini pun kena bagitahu)
  • Sahida seorang gadis bisu jadi menyukarkankan mengetahui di mana Sahida berasal.
  • Menyebrang sempadan India-Pakistan tanpa Pasport menyukarkan perjalanannya. Tambah-tambah lagi dia seorang yang jujur.
  • Di anggap seorang perisik. Sejak itu perjalanannya bertambah kacau bilau kerana di kejar oleh pihak berkuasa(Polis).
  • Pakistan dengan India mempunyai masalah konflik. Jadi tak dapat mengeluarkan pasport sementara waktu.
Ini saja setahu saya. Tapi akhirnya  Pawan berjaya juga menyatukan Sahida dengan Keluarganya dengan bantuan seorang reporter berasal dari Pakistan.

Walaupun jalan cerita dia ringan,lucu dan sedih. Ia mempunyai pengajaran sendiri. Apa-apa pun filem ini best jalan cerita dia memang mantap.Lebih-lebih lagi muzik yang diselitkan serasi sangat dan watak Sahida itu comel sangat. Filem ini dikatakan rantingnya mendahului filem "3 Idiot".


Jumaat, 6 Mei 2016

Riview kdrama Descendant of the Suns

Drama ini memang awesome.. Sedih dan lucu di campur adukan.
watak dalam DOTS

Bagi peminat kdrama memang tidak ketinggalan mengikuti cerita ini dari mula sehingga habis.
Bagi yang kira-kira maw atau tidak untuk menonton drama ini. Saya cadangkan memang tidak menyesal menonton drama ini. Drama ini memang banyak suspennya. Membuat saya tak sabar menonton episode seterusnya. Best... sangat...

Kdrama ini mempunyai 16 episode. Setiap episode mempunyai jalan cerita yang baik dan penuh debaran. Memang tak menyesal tengok dan sabar menanti sehingga habis jalan ceritanya. Terbaik..

Info ringkas berkenaan DOTS
Watak utama
Song Jong-ki sebagai Yoo Shi-Jin
Song Hye-Kyo sebagai Doktor Kang Mo-Yeon
Kim Ji Won sebagai Yoon Myeong-Joo
Jin Goo sebagai Seo Dae-Young
 Tayangan
24 February hingga 14 April 2016- Rabu dan khamis

Jumlah Episode
16 episode

Genre
Melodi, Romance , dan aksi
Tv ditayangkan
KBS2

Sinopsis ringkas DOTS
Mengisahkan tentang percintaan seorang Kapten Yoo Shi-Jin (pasukan penjaga pendamaian PBB) dengan seorang dokter, Kang Mo -Yeon. Mereka ditugaskan tempat yang sama di Urk. Disini pelbagai dugaan yang mereka lalui semasa menjalankan tugas.

Kisah selanjutnya. Tengoklah Drama ini. Confirm tak menyesal.


Ahad, 14 Februari 2016

Riview Filem Deadpool (2016)

Siapa dah tengok filem Deadpool? Best tak? Bagi saya biasa-biasa saja. Bolehlah cuma ada aksi yang terlebih ganas. Tak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.


Sinopsis Filem  Deadpool (2016).
Filem ini mengisahkan Wade Wilson (Ryan Reynolds) yang mempunyai kanser di tahap terakhir. Dia telah ditawarkan oleh sebuah organisasi untuk mehilangkan kanser tersebut .Demi cintanya kepada kekasihnya,Venissa Carlysle dia telah terima tawaran tersebut. Namun sebaliknya berlaku, walaupun kansernya hilang ia telah memberi kesan yang negatif terhadap dirinya apabila tubuhnya dijadikan sebagai bahan superhero demi kepentingan kepada organisasi itu. Misi Wade membalas dendam terhada Francis yang membuat wajahnya menjadi buruk dan menyelamatkan kekasihnya. Itulah sedikit tentang filem Deadpool. Kalau nak tahu lebih lanjut tengok dekat panggung.

Baca juga : Riview Filem The 5th wave
 
Filem ini berunsurkan kekerasan ekstrem, penampilan tak senonoh dan adegan seks - Walaupun ada adegen dipotong tetapi masih sama tetap tak sesuai. Keganasan melampau batas. Dengar-dengar dekat China, filem ini tidak ditayangkan. Siapa minat filem ini p lah tengok.

Ahad, 24 Januari 2016

Jom tengok Riview filem The Boy.

Filem The Boy diarahkan oleh William Brent Bell yang ditulis oleh Stacy Manear. Ia dibintangi dua watak sampingan iaitu Lauren Cohan dan Rupert Evans.

Boleh tahan juga bajet membuat filem ini 10Million. Kaut keuntungan belum diumumkan pula sebab baru ditayangkan pada 21 jan 2016.

Kita berdua tengok dekat suria sabah. Lepas pilih dalam jam 2.3pm. Kena tunggu satu jam juga. Sebelum itu jalan-jalan dulu buang masa.

Dalam panggung boleh dikatakan hampir penuh juga. Mula-mula ingatkan cerita ini macam cerita Anabell. Sempat dengar orang buat lawak yang The Boy ini kekasih Anabell. Hihihi.. lawaklah pula.

Berbalik kisah tadi. Mula-mula menakutkan juga sebab ingatkan Patung itu mempunyai roh budak (Braham) sebab rupa dia pun hampir sama dengan anak Pasangan Heelshire. Lagi satu rumah dia ada lain sebab selalu kalau serita seram rumah pun mesti seram tapi rumah dia macam dalam cerita fairytale (yang seram punya).

Filem ini boleh dikatakan seram dan logik juga. kalau nak lagi seram pergilah tengok. Saya recommend kan. Overall jalan cerita dia bagus dan tak membosankan. Setiap babak ada seramnya. Namun, yang hampa dia itu bukan hantu yang keluar tetapi pembunuh. Pandai pengarah dia ni sampai saya tertunggu-tunggu macam mana rupa hantu itu.hihihi. Apa-apa pun memang terbaik sebab timbul juga rasa seram.

Filem ini juga banyak bab seram sampai sebelah saya tak duduk diam sebab ketakutan macam dirasuk pun ada. Mahu ja bagi sumbat popcorn di mulutnya. Nasib Sabar masih ada...

Bab suspen
1. Greta merenung gambar keluarga Heelshire, tiba-tiba gambar budak tu mencekiknya. Rupanya mimpi.
2.Ketika Greta bangun dia melihat Braham tidak ada dibiliknya dan dia ketakutan sebab tidak mengikuti peraturan yang diberi. Dia melarikan diri kebiliknya dan menguncikan pintu. Tiba-tiba tembol pintunya hendak dibuka oleh Braham sedangkan dia hanya patung. Heran juga macam mana patung itu boleh bergerak kan.
3.Ketika bekas teman lelaki Greta iaitu Role menghempas patung itu lalu Hancur berkecai. Dalam hati roh dari patung itu keluar sebab tiba-tiba dalam dinding bunyi suara macam marah.

Bagi saya ranting
  • Jalan cerita 4.8/5 (Dua mata lagi sebab kita target tengok cerita hantu tapi sebaliknyaa.
  • Seram 5/5


Oklah, kalau korang rasa cerita The boy seram kita geng...

Terima kasih baca blog saya.