Linahlynn

Ruang pencarian

Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan

Rabu, 27 Julai 2016

Riview dan sinopsis Filem Bajrangi Bhaijaan


Lepas makan dan mandi semua. Memandangkan hari ini mood Hindustan. Saya pilih filem Bajrangi Bhaijaan untuk ambil mood.

Sebelum itu kita tengok detail dia dulu:

Detail filem
Arahan :Kabir Khan 
Keluaran: Salman Khan dan Rockline Venkatesh
Pelakong : Salman Khan (Pawan Kumar), Harshaali Malhotra(shahida @ Munni) , dan Kareena Kapoor (Rasika)
Tahun ditayangkan : 2015

Baca juga --> Riview Filem Legand Of Tarzan

Kata saya :
Seorang lelaki yang bernama Pawan Kumar bertemu seorang kanak-kanak perempuan, Sahida yang berasal dari negara seberang iaitu Pakistan. Sahida telah terpisah dengan Ibunya setelah kembali dari negara India. Tujuan Ibu dan Sahida ke India adalah untuk mengunjungi tempat suci di Delhi demi menyembuhkan kebisuan anaknya sejak kecil.

Pawan yang dikenali sebagai "Bajrangi" adalah penganut Dewa Hanuman. Walaupun berbeza agama dan bangsa, Pawan bertekad memulangkan Sahida ke pangkuan keluarganya walaupun berbagai rintangan yang harus dilalui.

Senarai Rintangan dia(ini pun kena bagitahu)
  • Sahida seorang gadis bisu jadi menyukarkankan mengetahui di mana Sahida berasal.
  • Menyebrang sempadan India-Pakistan tanpa Pasport menyukarkan perjalanannya. Tambah-tambah lagi dia seorang yang jujur.
  • Di anggap seorang perisik. Sejak itu perjalanannya bertambah kacau bilau kerana di kejar oleh pihak berkuasa(Polis).
  • Pakistan dengan India mempunyai masalah konflik. Jadi tak dapat mengeluarkan pasport sementara waktu.
Ini saja setahu saya. Tapi akhirnya  Pawan berjaya juga menyatukan Sahida dengan Keluarganya dengan bantuan seorang reporter berasal dari Pakistan.

Walaupun jalan cerita dia ringan,lucu dan sedih. Ia mempunyai pengajaran sendiri. Apa-apa pun filem ini best jalan cerita dia memang mantap.Lebih-lebih lagi muzik yang diselitkan serasi sangat dan watak Sahida itu comel sangat. Filem ini dikatakan rantingnya mendahului filem "3 Idiot".


Isnin, 11 Julai 2016

senarai movie Scarlett Johansson


Scarlett Johansson

Scarlett adalah salah satu artis wantia yang menjadi kegemaran saya. Kalau bab-bab aksi memang dia lah terbaik. Lincah banget...

Jom tengok senarai movienya yang pernah diwatakkan olehnya

  1. Lucy 2014
  2. The Avengers 2012
  3. Under the Skin 2012
  4. Avenger : Age Of Ultron 2015
  5. Don Jon 2012
  6. Iron Man 2 
  7. Captain America : Civil War 2016
  8. Captain America : The Winter Solider 2014
  9. Lost In Translation 2003
  10. The Island 2005
  11.  Match Point 2005
  12. The Prestige 2006
  13. The Jungle Book 2016
  14. Ghost World 2001
  15. Vicky Cristina Barcelona 2008
  16. He's Just Not That Into you 2009
  17. The Horse Whisperer 1998
  18. The Other Boleyn Girl 2008
  19. Ghost In The Shell 2017
  20. We Bought a Zoo 2011
  21. Scoop 2006
  22. Home Alone  3 1997
  23. Hail Caesar 2016
  24. A Love Song for Bobby Long 2004
  25. The Black Dahlia 2006
  26. A Good Women 2004
  27. The Spirit 2008
  28. Chef 2014
  29. Eight Legged Freaks 2004
  30. The Nanny Dairies 2007
  31. In Good Company 2004
  32. The Man Who Wasn't There 2001
  33. Girl With a Pearl Earring 2003
  34. Manny & Lo 1996
  35. Sing 2016
  36. An American Rhapsody 2001
  37. The Spongebob Suarepants Movie 2004
  38. Just Cause 1995
  39. Hitchcock 2012
  40. If Lucy fell 1996
  41. Her 2013
  42. My Brother the Pig 1999
  43. North 1994
  44. Fall 1997
  45. These Vagabond Shoes 2009
  46. Deep Down 2014

Jumlah dia 46. Banyak juga ya. Paling best Movie Lucy, The Island, Captain America : The Winter Solider 2014, Captain America : Civil War 2016 dan The Avengers 2012. Semua movie dia pn best juga cuma yang lain belum tengok












Ahad, 3 Julai 2016

Review filem The Legand Of Tarzan

Gambar sekadar hiasan
Kali ini saya tengok Filem The Legand of Tarzan pula... Dan saya akan kongsikan review saya untuk korang. Keseluruhan cerita ini memang lambat masuk di hati ku... Mungkin bukan jiwa saya. Filem Tarzan ini berbeza dari Filem-filem yang sebelum ini. Tak sama seperti filem  Jungle Book. Tapi ia mengisahkan kehidupan Tarzan selepas keluar dari hutan dan berkahwin dengan seorang gadis yang berasal dari bandar.
Bolehlah cuma tak banyak babak yang menarik. Tak banyak aksi dan pengembaraan. Banyak babak kosong (saya pun tak tahu apa tu babak kosong, yang saya tahu tanpa babak itu kita tak rugi terlepas tengok babak itu, jadi bolelah keluar sekejap ke tandas).

Setahu saya pengarah ini dari filem terkenal Harry Potter tapi kenapa ya tak sebagus Harry Potter? Kalau korang nak tengok, tengoklah. Jangan pula lepas baca riview saya korang tak pergi. Nanti saya pula yang dipersalahkan. Pandangan manusia berbeza jadi jangan terpengaruh dengan apa yang korang belum tengok dan lihat. Betulkan?

Sinopsis
John Clayton III adalah nama sebenar Tarzan. Ia mengisahkan kehidupan Tarzan selepas menikahi seorang gadis bernama,Jane Porter.  Ratu Victoria mengutus Tarzan untuk menyelidik beberapa insiden yang berlaku di Cango. 

Namun Jane,isterinya tekah diculik oleh Kapten Leon Ram. Di sinilah bermula Tarzan memulakan ekspedisinya semula.

Ranting saya untuk filem ini:
Keseluruhan cerita 3/5
Triler 5/5

Follow me : Instagram

Maksud saya kenapa keseluruhan cerita tak sama ranting triler.
Ini disebabkan keseluruhan cerita tidak sebaik triler yang kita tengok. Pandangan kita berbeza. Ini hanya pandangan saya sahaja. 

Detail penuh Filem ini
Genre : Action and Adventure
Pengarah : David Yates
Pelakon:
Alexander Skarsgard sebagai Tarzan
 Morgot Robie sebagai Jane Porter
Samuel L.Jackson sebagai George Washington George
Christoph Waltz
 keluaran Warner Bros

Jumaat, 20 Mei 2016

Artis yang menonton Drama Semanis Honey


Sekarang ini drama yang sedang hot gile... Apa ya?

Semestinya Dia Semanis Honey (DSH).

Ramai orang komen best termasuk saya lah. Apa kata korang pula? Setiap hari mesti trending. tak pernah-pernah begitu fokus tengok drama sebelum ini. Tetiba pula terfokus tengok drama ini.

Jom tengok twet2 artis-artis yang layan drama DSH ne...

Komen Dato Siti Nurhaliza. Bukan calang-calang tau peminat Drama DSH ini.


Fara Fauzana tak henti-henti bagi twit pasal . Korang cari ja #
 Misha Omar pun turut support drama ini tau

 Jom tengok twit2 mereka ni..

Ada-ada ja ya peminat buat undian. Memang DSH menang besar nampaknya.
 Setiap hari DSH ditayangkan memang treading setiap episode. Gambar ini segelintir ja. Lebih kena tengok.


 Kalau nak baca-baca  twit-twit ne. Korang search  #diasemanishoney.

K, Bye...







Ahad, 14 Februari 2016

Riview Filem Deadpool (2016)

Siapa dah tengok filem Deadpool? Best tak? Bagi saya biasa-biasa saja. Bolehlah cuma ada aksi yang terlebih ganas. Tak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.


Sinopsis Filem  Deadpool (2016).
Filem ini mengisahkan Wade Wilson (Ryan Reynolds) yang mempunyai kanser di tahap terakhir. Dia telah ditawarkan oleh sebuah organisasi untuk mehilangkan kanser tersebut .Demi cintanya kepada kekasihnya,Venissa Carlysle dia telah terima tawaran tersebut. Namun sebaliknya berlaku, walaupun kansernya hilang ia telah memberi kesan yang negatif terhadap dirinya apabila tubuhnya dijadikan sebagai bahan superhero demi kepentingan kepada organisasi itu. Misi Wade membalas dendam terhada Francis yang membuat wajahnya menjadi buruk dan menyelamatkan kekasihnya. Itulah sedikit tentang filem Deadpool. Kalau nak tahu lebih lanjut tengok dekat panggung.

Baca juga : Riview Filem The 5th wave
 
Filem ini berunsurkan kekerasan ekstrem, penampilan tak senonoh dan adegan seks - Walaupun ada adegen dipotong tetapi masih sama tetap tak sesuai. Keganasan melampau batas. Dengar-dengar dekat China, filem ini tidak ditayangkan. Siapa minat filem ini p lah tengok.

Isnin, 25 Januari 2016

Sinopsis London Has Fallen

 
Siapa perna tengok "Olympus Has Fallen"? Best kan? kali ini, Landon Has Fallen pula. Bagaimanakah filem ini? jangan lupa set tarikh anda bagi peminat filem aksi. 

Filem ini akan ditayangkan pada T 3 Mac 2016 yang dibintangi oleh
Gerard Butler , Aaron Eckhart , Morgan Freeman, Alon moni Aboutboul dan Angela Bassett.
Jom kita tengok sinopsip filem ini ? 
Filem aksi ini merupakan sekuel kepada "Olympus Has Fallen". Kisah kali ini bermula di London, di mana kematian misteri Perdana Menteri British menyebabkan semua pemimpin-pemimpin di dunia Barat berkumpul untuk pengebumiannya. Ejen Secret Service, Mike Banning, kemudian menemui plot pembunuhan yang merancang untuk menghapuskan semua pemimpin dunia tersebut. Hanya Banning; Presiden Amerika Syarikat, Benjamin Asher; dan seorang ejen MI-6 mampu menghentikan plot maut itu.
Harap-harap filem ini lebih baik dari "Olympus Has Fallen". 
tengok triler dekat sini
triler Landon Has Fallen

Khamis, 14 Januari 2016

Siapa peminat Park Shin Hye? jom tengok siapakah dia...

Selain artis bollywood, ada juga artis korea yang saya minat iaitu Park Shin-hye. Beliau adalah seorang pelakon Korea Selatan, penyanyi dan penari.  Antara dramanya yang popular ialah Heartstrings, Flower Boys Next Door, The Heirs dan Pinocchio. Dia menyinar sejak tahun 2003 selepas memenangi anugerah Drama SBS iaitu Pelakon kanak-kanak terbaik. Drama itu memang sedih. Siapa dah tengok, kita geng...

Jom Tengok profilenya:
Nama: 박신혜 / Park Shin Hye (Bak Sin Hye)
Nama Mandarin : 朴信惠 / Pu Xin Hui
Profesional: Pelakon, model dan penyanyi
Tarikh Lahir: 18/2/1990
Tempat lahir: Paju, Gyeonggi, Korea Selatan
Pendidikan : PSH tamat SMA di sebuah sekolah khusus wanita Seoul Young-Pa
Tinggi: 163cm
Berat: 45kg
Zodiak: Aquarius
Jenisdarah: A
Hobi: Mendengarkan muzik dan menari.
Antara pencapaian yang beliau terima adalah : 
2003
  •  Anugerah Drama SBS: Anugerah Pelakon Kanak-Kanak (Stairway ke Heaven)

2007


  • MBC Entertainment Anugerah: Pendatang Baru Terbaik di Papar / Pelbagai (Fantastic Partner)
  •  Anugerah Drama MBC: Pelakon Baru terbaik (Kimcheed Radish Cubes)
2009 
  • Anugerah Drama SBS: Anugerah New Star (You’re Beautiful)
2011
  •  47th Baeksang Arts Awards:Pelakon Paling Popular (Cyrano Agency)
  •  LETV Movies & TV Series Awards (China):  Anugerah Populariti perempuan.
2012

  • 48th Baeksang Arts Awards: Pelakon paling popular (Heartstrings)
  •  Anugerah Drama SBS: Pelakon Terbaik dalam Satu Akta Khas(Don't Worry, I'm a Ghost)
2013

  • 49th Baeksang Arts Awards Puchon Film Fest: Pelakon Paling Popular (Filem - Miracle in Cell No. 7)
  • The 33rd Film Critics Association Awards: Pelakon Pembantu Terbaik (Filem - Miracle in Cell No. 7)
  • Puchon Film Festival: anugerah populariti (Filem - Miracle in Cell No. 7)
  • Anhui TV Drama Awards (China): Pelakon popular antarabangsa ( The Heirs)
  • SBS Drama Award: Wanita cemerlang (Mid-Length Drama) / ( The Heirs)
  • SBS Drama Award: Anugerah bintang remaja ( The Heirs)
  • Park Shin Hye dan Lee Min Ho
  • SBS Drama Award: Pasangan terbaik dengan Lee Min Ho ( The Heirs)
 2014
  • SBS Drama Award: Pelakon paling cemerlang - Drama Special (Pinocchio)







Khamis, 5 September 2013

filem BENCINTA (NORA DANISH & FARID KAMIL)

Ne antara filem Nora Danish yang akan datang... So, Sesiapa yang berminat dengan Nora Danis & Farid Kamil. Jom beramai-ramai ke panggung yang berdekatan dengan anda... hohoh....

Saya memang minat sangat dengan pelakon genit Nora Danish ne dari dulu... semua lakonan dia memang menjadi lebih-lebih lagi Drama Lakonan Tentang Dhia. memang meletup dengan ari matanya tu..



Jangan lupa ya....