Linahlynn

Ruang pencarian

Rabu, 27 Julai 2016

Riview dan sinopsis Filem Bajrangi Bhaijaan


Lepas makan dan mandi semua. Memandangkan hari ini mood Hindustan. Saya pilih filem Bajrangi Bhaijaan untuk ambil mood.

Sebelum itu kita tengok detail dia dulu:

Detail filem
Arahan :Kabir Khan 
Keluaran: Salman Khan dan Rockline Venkatesh
Pelakong : Salman Khan (Pawan Kumar), Harshaali Malhotra(shahida @ Munni) , dan Kareena Kapoor (Rasika)
Tahun ditayangkan : 2015

Baca juga --> Riview Filem Legand Of Tarzan

Kata saya :
Seorang lelaki yang bernama Pawan Kumar bertemu seorang kanak-kanak perempuan, Sahida yang berasal dari negara seberang iaitu Pakistan. Sahida telah terpisah dengan Ibunya setelah kembali dari negara India. Tujuan Ibu dan Sahida ke India adalah untuk mengunjungi tempat suci di Delhi demi menyembuhkan kebisuan anaknya sejak kecil.

Pawan yang dikenali sebagai "Bajrangi" adalah penganut Dewa Hanuman. Walaupun berbeza agama dan bangsa, Pawan bertekad memulangkan Sahida ke pangkuan keluarganya walaupun berbagai rintangan yang harus dilalui.

Senarai Rintangan dia(ini pun kena bagitahu)
  • Sahida seorang gadis bisu jadi menyukarkankan mengetahui di mana Sahida berasal.
  • Menyebrang sempadan India-Pakistan tanpa Pasport menyukarkan perjalanannya. Tambah-tambah lagi dia seorang yang jujur.
  • Di anggap seorang perisik. Sejak itu perjalanannya bertambah kacau bilau kerana di kejar oleh pihak berkuasa(Polis).
  • Pakistan dengan India mempunyai masalah konflik. Jadi tak dapat mengeluarkan pasport sementara waktu.
Ini saja setahu saya. Tapi akhirnya  Pawan berjaya juga menyatukan Sahida dengan Keluarganya dengan bantuan seorang reporter berasal dari Pakistan.

Walaupun jalan cerita dia ringan,lucu dan sedih. Ia mempunyai pengajaran sendiri. Apa-apa pun filem ini best jalan cerita dia memang mantap.Lebih-lebih lagi muzik yang diselitkan serasi sangat dan watak Sahida itu comel sangat. Filem ini dikatakan rantingnya mendahului filem "3 Idiot".


Tiada ulasan: