 |
Gambar sekadar hiasan |
Kali ini saya tengok Filem
The Legand of Tarzan pula... Dan saya akan kongsikan review saya untuk korang. Keseluruhan cerita ini memang lambat masuk di hati ku... Mungkin bukan jiwa saya. Filem Tarzan ini berbeza dari Filem-filem yang sebelum
ini. Tak sama seperti filem
Jungle Book. Tapi ia mengisahkan kehidupan Tarzan selepas keluar dari hutan dan berkahwin dengan seorang gadis yang berasal dari bandar.
Bolehlah cuma tak banyak babak yang menarik. Tak banyak aksi dan pengembaraan. Banyak babak kosong (saya pun tak tahu apa tu babak kosong, yang saya tahu tanpa babak itu kita tak rugi terlepas tengok babak itu, jadi bolelah keluar sekejap ke tandas).
Setahu saya pengarah ini dari filem terkenal Harry Potter tapi kenapa ya tak sebagus Harry Potter? Kalau korang nak tengok, tengoklah. Jangan pula lepas baca riview saya korang tak pergi. Nanti saya pula yang dipersalahkan. Pandangan manusia berbeza jadi jangan terpengaruh dengan apa yang korang belum tengok dan lihat. Betulkan?
Sinopsis
John Clayton III adalah nama sebenar Tarzan. Ia mengisahkan kehidupan Tarzan selepas menikahi seorang gadis bernama,Jane Porter. Ratu Victoria mengutus Tarzan untuk menyelidik beberapa insiden yang berlaku di Cango.
Namun Jane,isterinya tekah diculik oleh Kapten Leon Ram. Di sinilah bermula Tarzan memulakan ekspedisinya semula.
Ranting saya untuk filem ini:
Keseluruhan cerita 3/5
Triler 5/5
Maksud saya kenapa keseluruhan cerita tak sama ranting triler.
Ini disebabkan keseluruhan cerita tidak sebaik triler yang kita tengok. Pandangan kita berbeza. Ini hanya pandangan saya sahaja.
Detail penuh Filem ini
Genre : Action and Adventure
Pengarah : David Yates
Pelakon:
Alexander Skarsgard sebagai Tarzan
Morgot Robie sebagai Jane Porter
Samuel L.Jackson sebagai George Washington George
Christoph Waltz
keluaran Warner Bros