Linahlynn

Ruang pencarian

Jumaat, 8 Julai 2016

Riview tentang Shooping Complex di Sabah

Kali ini saya buat riview tentang shopping complex pula. Selalu filem ja kan. Tak pa sekali sekala kita baca. Mana tahu korang boleh gunakan dekat mana nak shopping.
  
  •  Imago
Tempat ini kalau kita tengok memang ada class. Tapi bukan masalah itu. Kalau saya ke sini terasa macam dekat KL. Dengan design dia berkonsepkan moden. Kebanyakan kedai-kedai seperti makanan jepun,korea dan sebagainya ada di sini. Disinilah surga makan. Hehe. Ada satu kedai bakery. Memang sedap sangat.

Setiap perayaan dia, memang Imago lah tercantik. Kalau nak beli Ramyun(makanan korea) dekat sini lah. Nama kedainya Everise.  

Kalau Shopping dekat sini rasanya outlet dia lebih besar berbanding mall lain. Contohnya H&M, Parkson, Padini, Brand Outlet dan sebagainya. 

Cuma kekurangan dia dekat sini. Pembayaran tiket parking hanya satu dekat bawah...Jadi kenalah pusing kalau kita parking sebelah Yoyo. Bayar dekat pintu hujung Everise. Harap-harap pihak pengurusan tambahkanlah lagi yeee....

Lagi satu, kalau penat tiada tempat berehat. Kerusi memang tak disediakan di sini. Jadi kalau penat masuklah restaurant.
  • Suria Sabah
Kalau tengok wayang dekat sini best sebab Popcorn Caramel dia memang sedap. Tak tahu lah pula korang punya deria rasa. Walaupun dekat Suria Sabah tak banyak kedai buka tapi memang selesa jalan-jalan dekat sini. 

Yang best dia dekat sini kalau nak bayar parking memang banyak tempat nak bayar. Luar atau dalam parking ada mesin pembayaran dia. Tempat parking pun banyak dan kemas. Tandas pun bersih dekat sini. Bayar masuk tandas 30sen sekali masuk, ada air pula itu.

Cuma kalau membeli-belah itu tak berapa best. Dia tak sebesar Imago atau One Borneo. Kalau k-box pun hanya satu ja tempat. No choice.


  • One Borneo
Ok kita tengok apa ada dekat One Borneo. Dekat sini memang sesuai sangat bawa keluarga dan kawan-kawan. Sini banyak game dan K-box. Kalau nak happy-happy dekat sinilah. Macam-macam permainan untuk kanak-kanak dan K-box pun ada dekat sini.

Parking sini ada selesa juga macam Suria Sabah. Kalau tak cukup park dalam kita parking luar.

Kalau tengok wayang pun best dekat sini. Luas ruangannya macam Suria Sabah.

Cuma kekurangan dia dekat sini, masuk tandas ada beza harga ya. Paling murah 50sen. Kadang-kadang masuk tandas tiada  disediakan air. Masuk mahal-mahal tapi air tak ada. Paling mahal masuk tandas RM1.00. Tak tahulah pula ada apa dalam tandas sampai masuk pun mencecah RM1...Ops tercomplain pula.

Kalau korang dari seberang nak jejalan dekat sini, sini ada hotel. Search ja la dekat goggle.

  • Karamunsing
Dekat sini kalau korang tiada tujuan jangan ke sini. Karamunsing tiada panggung wayang dan game. Tapi kalau korang nak beli barangan elektrik dan komputer dekat sinilah. Macam-macam ada. Setiap Sabtu dan ahad, memang penuh ja tempat ini.Tapi memang sesuai sangat beli perisian komputer, barangan elektrik macam TV, Ice box dan sebagainya.

Tempat makan dekat Karamunsing ini kurang pilihan. Paling-paling ada Mcdonald , KFC dan Food Court dekat bawah sekali.

Parking dekat sini memang ada susah sikit dalam mall.

  • Megalong

Nama Megalong ini sempena mall dia panjang. Dalam mall ini ada panggung wayang dan hanya satu K-Box. Tapi K-Box dekat sini memang terbaik sebab kebanyakan lagu-lagu baru ada. Memang update la dan sound sistem dia memang terbaik. Tak rugi K-box di sini.

Cuma kalau korang nak parking lebih baik park dekat luar ja sebab kalau park dalam saya tengok ada bahaya sikit. Sunyi ja park dia dalam mall ini. Tapi tak perlu bayarlah. Free ja.

Dalam ini banyak kedai kosong.

  • Centre Point
Oklah, Last...

Centre Point(Cp) adalah mall yang paling lama dalam sabah. Mana-mana Shopping mall ini lah tampat paling ramai sangat orang. Sesuai sangat bagi pelajar-pelajar dan budget murah. Sebab apa...Dulu zaman saya penuntut kolej, saya sering ke sini. Maklumlah tengok wayang dekat sini murah-murah. Tengok wayang RM5 ja guna kad student. Tapi itu dulu, sekarang RM6 (Kalau tak silap lah) . Kalau bukan pelajar RM8  sahaja berbanding Suria Sabah, Imago, One Borneo dan Megalong.

Lagi satu, Shopping complex ini berada di tengah-tengah kota bandaraya. Jadi senanglah siapa-siapa nak singah sini. Sebab itulah daya tarikan CP ini dari dulu yang tak pernah pupus.

Keburukan dekat sini, korang faham-fahamlah. Kalau orang Sabah mesti tahu punya dekat sini kebanyakan pekerja dia bukan orang tempatan. Lagi satu food court dekat bawah tu dah banyak kali kena sita sebab tak memenuhi peraturan penyediaan makanan dan minuman. Tak perlulah disebut nama kedainya dekat sini ya.

Oklah sampai sini ja riview saya kali ini. Korang pilihlah mana satu korang nak habiskan duit. hehehe


Tiada ulasan: