Linahlynn

Ruang pencarian

Jumaat, 22 Julai 2016

Trip Ke Sipitang

Tarikh 15 hingga 16 bulan Julai 2016.

Trip ini singkat. Saja ke Sipitang jalan-jalan... Jalan-jalan cari makan. hehe

Kita bertiga ja tau... Cik Maridah, Michilie dan saya (Linahlynn) . Saja bagitahu nama kita. :)

Kita dari Kota Kinabalu ke Sipitang lebih kurang 3 jam lebih juga. Itu pun ada masalah sikit tapi akhirnya sampai juga ke Sipitang. Syukur sempat tengok sunset. Sunset dia dekat sini tersangatlah cantik.

Jom tengok hasil saya tangkap gambar... hehe

Petang-petang tengok sunset aman ja rasa.
Nampak tak? Cantiknya ciptaan Tuhan

Saja edit....
Gambar original
(Kiri) Maridah dan Michilie (kanan)

Nampak tu...

view dekat sini memang cantik.
Hai...

Lepas puas ambil gambar, kita ke tempat makan ini. Orang cakap satay dekat sini memang famous. Memang betullah.

sinilah tempat makan satay kalau korang nak tahu.
Nampak itu menyelerakan.

Harga satay ini 60 Sen ja sebatang. Kita ambil 30 cucuk. Hebatnya...Dah kenyang baru kita cari hotel. Itu pun dah dekat jam 8 lebih.



Itu no dia. Call ja untuk tempahan.
Inilah hotel kita

tengok apa itu?
Bilik kita di tingkat 3. Jadi tak sesuai untuk warga emas. Sebab hotel dekat sini tiada lift ya. Kena exercise sikit.
dalam bilik selfie

Keesokkan harinya lebih kurang jam 9 kita berangkat dari Sipitang.

Sebelum itu jom beli durian dulu .
Pandangan dari atas hotel
jom beli durian

Tamu dekat Sipitang adalah hari rabu dan khamis. kita ke sini hari sabtu dan ahad. Jadi hanya jual buah-buahan macam dalam gambar itu ja la.

Sebelum meneruskan perjalanan kita makan dulu.

Ini tempat kita makan. Satu-satunya kedai orang brunei
RM4
Kebanyakan restaurant dekat sini orang India. Ngam-ngam ada restaurant Brunei dekat sini. Kita makanlah dekat sini.

Sebelum teruskan perjalanan kita cari durian dulu di kebun kawan ini.
Masuk hutan dulu
Durian Dalit
Pulutan
Fresh dari kebun.
Tiba-tiba ada kucing dalam hutan. mungkin orang punya.lagi pun ada rumah dekat hutan ini...
Ini hasilnya bila dikopek.
Sempat lagi kita beraya di rumah nenek kawan.

Cantik rumanya

Makan kuih raya dulu

Last distinasi sebelum meneruskan perjalanan.

Singgah beli Buah-buahan dlu

Durian RM8/1KG

RM6/Setapau



Kota Kinabalu mari

baca juga Trip ke Sunway Logoon























Tiada ulasan: