Linahlynn

Ruang pencarian

Jumaat, 22 Januari 2016

Riview Filem The 5th wave


Kali ini nak bercerita tentang filem The 5th Wave. Sebelum keluar filem ini memang ternanti-nanti sebab tengok triler macam san andreas or 2012. Lagi satu, ia diadaptasi dari novel Ricky Yancey. Orang kata novel dia siok(Best) . Tu pun baca komen dekat youtube. 

Tapi tak kuduga, filem ini langsung tak menarik hati saya untuk menonton kali kedua walaupun ada sambungan yang kedua sebab  endingnya masih tergantung. Jadi akan bersambung ke Filem ke-2 iaitu "THE INFINITE SEA". 

Walaupun pelakon dia Evan and Ben kedua-dua punya rupa tapi  kisah cinta mereka tak dapat sampai ke jiwa (Twilight lebih best). Lebih kurang macam Twilght tapi jalan cerita sendu. Lain orang, lain pandangan.

Filem ini juga boleh dikatakan kurang aksi. Kalau dibandingkan dengan filem The Maze Runner. Filem ini juga kurang aksi dan kurang 'puzzle' means, kita tengok dari filem " The Maze Runner". Setiap babak dia mempunyai aksi dan tanda tanya yang membuat penonton macam saya ingin tahu apakah yang berlaku seterusnya . Tapi, filem ini langsung tiada babak yang menarik. Saya cuma bayangkan supaya filem itu cepat habis. Kalau tak habis tengok memanglah rugi sebab tiket bukannya murah.

Yang tak boleh diterima apabila :
1. Hutan yang sama disusuri ketika Cassie dan Evan pergi menelamatkan adik Cassie. Padahal jalan itu 10Km. Tapi paranorma hutan tetap sama. Lepas itu muka tetap cantik tanpa ada noda-noda di wajah ketika aksi lasak.
2. Lepas banjir rumah keluarga Cassie tetap cantik. Tiada tanda-tanda baru lepas banjir. Padahal banjir itu punya besar. Bekas lumpur pun tiada. Apatah lagi semuanya nampak bersih dalam rumah.
3. Dialog yang sering digunakan iaitu ketika babak Cassie mengambil Teddy Bear yang tertinggal oleh adiknya. Namun, dia ketingalan bas yang dinaiki adiknya. Bermula dari situ Teddy Bear sentiasa menemaninya sehinggalah dia berjumpa adiknya, Sam. Cassie berkata kepada adiknya "janji, Saya akan datang walauapapun berlaku" <--- tengok ini ayat ini selalu ada mana-mana drama pun ada. Jadi rasa tak sesuai digunakan dalam filem ini.
4.Tajuk dan jalan cerita tak sesuai. Saya hanya nampak misi Cassie ingin berjumpa adiknya tanpa ada kaitan dengan The 5th Wave. Saya tengok Ben macam watak utama di sana sebab merekalah The 5th Wave itu dan dia juga mengetahui mereka dipergunakan bukannya Cassie. 

Sorry lah, saya bukan nak kritik. Saya cuma nak buat riview. Filem ini saya cuma bole bagi ranting:
Jalan cerita : 3/5
Sound sistem : 3/5
Thrile : 5/5 (Buat saya menjejak ke pangung)

Jom tengok sinopsis ringkas...

The 5th Wave mengisahkan bumi yang hampir hancur musnah setelah diserang 4 kali oleh makhluk asing. Cassie yang dilakonkan oleh Chloƫ Grace Moretz berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan dirinya dan juga adik kesayangannya. Untuk menghadapi serangan kali kelima para makhluk asing ini, Cassy telah pun bekerjasama dengan seorang jejaka muda, Ben Parish yang dilakonkan oleh Nick Robinson.

ok, Setakat sini saja riview saya. Kalau rasa-rasa riview saya buat anda tak nak tengok wayang ini. Kita Geng!!! ✌Ops...

Tiada ulasan: