Linahlynn

Ruang pencarian

Jumaat, 22 Januari 2016

TOP 10 ARTIS BOLLYWOOD TERCANTIK 2016.

Kali ini saya nak buat siapakah artis tercantik di mata saya. Jangan pula korang tak puas hati. Sebab saya buat bukan tengok pencapaian mereka. Saya buat mengikut pendapat saya sendiri. Jadi siapa sokong, kita geng .

10 . Anushka Sharma
Karyanya bermula melalui dunia model di media industri India sebagai model Wendell Rodricks les Vamps Show. Dan pernah menjadi finalis Rodricks di kemuncak modeling yang bertema ‘Spring Summer ‘ pada tahun 2007. Filem yang di minati beliau adalah "Dilwale Dulhania Le jayange".
Anushka Sharma
Anushka Sharma mengayakan Sari




9. Deepika Podukone
adalah seorang artis India dan bekas model. Lakonan beliau yang blockbuster adalah Om Shanti Om yang telah meraih Best Female Debut Award di anugerah Filmfare. Padukone lahir di Copenhagen , Denmark .

Deepika Podukone
Deepika Podukone mengayakan sari. Cantik tak?

Deepika Podukone menghadiri majlis










8. Priyanka Chopra
Priyanka Chopra adalah artis India dan bekas Miss World pada tahun 2000. Dia lahir di Jamshedpur.
Priyanka Chopra
Priyanka Chopra mengayakan sari
7.  Preity zinta
Karyanya bermula di saat dia membintangi sebuah iklan produk makanan iaitu coklat sekita tahun 1990an. Kerana kecantikannya dia di ambil oleh pengarah untuk berlakon dalam filem seperti filemnya yang pernah hit iaitu Kal Ho Na Ho dan Veer Zeer bersama Shah Rukh Khan.

6.kareena kapoor
Nama aslinya adalah kareena Randhir Kapoor yang kini berumur 36 tahun. Dia lahir di Mumbai , India pada tanggal 30 september 1980 dan dia telah menamatkan zaman bujangnya bersama dengan aktor india juga iaitu Saif Ali Khan pada tahun 2012.

5. Aishwarya Rai
Dia terkenal kerana menjuarai Miss world(1994). Dia lahir pada 1 nov 2013. Saya suka bentuk badan dia sebab nampak kurus dan tinggi. Memang dia layak menang. Tapi, sejak dia berkahwin badan dia tak secantik dulu. Maklumlah dah ada anak. 
Aishwarya Rai


4.Alia Bhatt

Dia seorang artis india termuda setakat ini yang saya kenal. Dia lahir pada 15 mac 1993. Dia nampak cantik dan cute. Karyanya semakin menonjak naik dan samakin popular di persada industri India. 
Alia Bhatt




3.Katrina Kaif
 Merupakan pelakon dan model India yang merupakan kacukan British-India. Patutlah macam muka mat saleh. Beliau juga dinobatkan sebagai wanita Asia yang terseksi di dunia oleh Eastern Eye pada tahun 2008 , 2009, 2010 dan 2011. Banyak-banyak filemnya satu pun belum tengok.

Katrina Kaif

2. Amisha Patel
Pernah muncul dalam filem Blockbuster iaitu Kaho Naa Pyaar hai(KNPH) pada tahun 2000 bersama Hirtik Roshan. Saya suka ketika filemnya KNPH sebab tarian dan senyuman dia menawan.
Amisha Patel


1. Kajol
oklah. bagi saya Kajol sangat cantik. Biar pun umur 40an dia tetap mantain cantik.Saya suka dia sebab dia natural beauty. Wajah dia paling natural beauty bila dia berlakon dalam "Dilwale Dulhania Le Jayenge". Kening dia pun tebal. Mata dan senyuman dia nampak menarik dan kelihatan nampak muda(young). Semua kita tahu yang dia mempunyai sehabat iaitu Shah Rukh Khan dan Karan Johar. Kebanyakan filem-filemnya hit seperti Kuch kuch Hota hai, Dilwale Dulhani Le Jayange dan baru-baru ini Dilwale.
Kajol
 

Okla, setakat ini saja. Bagi korang siapa yang layak? Ini pendapat saya ja. Siapa Setuju, kita geng.

Tiada ulasan: