Linahlynn

Ruang pencarian

Selasa, 3 September 2013

Drama Ijab & Qabul

Baru ja habis tengok drama ijab dan qabul lakonan nora danish dan Adi putra.maklumlah kat rumah sewa xda tv..so, tengok dalam internet ja la...tu pun curi-curi..hehe.. jalan cerita dia memang menyedihkan..tu pun sekadar tengok kat tonton.com.my --->http://www.tonton.com.my/#/home/movies/ijab__qabul_efb246d4959c4547b078a20a00e25b92/episode_0_5799421638a24da0bcf5a20a00e25bca

jalan cerita yg cukup menyentuh jiwa sesiapa yang menontonnya... kecerian,kebahagian dan keriangan yang berakhir dengan kesedihan.. nak nangis dah tapi kena tahanlah.ya lah agag-agakla kan.nanti memalukan diri pula...

sinopsis 
PELAKON: Nora Danish dan Adiputra, Fouziah Ghous, Jalaluddin Hassan, Ziela Jalil,Aida Khalida dan ramai lagi.

Imran jatuh cinta kepada Zarra pada pandangan pertama semasa majlis rumah terbuka Hari Raya lima tahun yang lepas. Walaupun pada mulanya Zarra cuba menepis cinta Imran, dia akhirnya jatuh cinta apabila melihat kesungguhan Imran.

Namun, perkahwinan mereka mula goyah apabila Zarra tidak mahu melahirkan zuriat. Ini membuatkan Imran marah dan sedih lalu Zarra semakin menjauhkan dirinya daripada Imran. Disebabkan ini, Imran mula rapat dengan teman baik Zarra, Wawa apabila mereka selalu berkongsi rasa.

Zarra pula menggalakkan Imran untuk mengahwini Wawa iaitu kawan baiknya sendiri. Suatu hari, Zarra telah koma akibat sebuah kemalangan. 
Ahaa...kalau nak taw kesudahan dia tengok la cerita ne...memang menyedihkan..huhuh