Linahlynn

Ruang pencarian

Selasa, 19 Julai 2016

Jom makan dekat Putri kitchen


Geng satu ofis
 Kali ini nak cuba makan dekat Restaurant Putri Kitchen yang berada di Alam Mesra, Sabah. Makan sini kena booking dulu supaya tak penuh dan minta masakkan terus pun boleh, yang penting korang tahu seafood masak apa. Setahu saya ada tiga jenis iaitu masak kari, butter dan kam heong). Jadi sampai sana tinggal hidangkan saja. Korang tinggal makan ja.

Sampai selfi dulu bilang si kawan
sesi makan
Makanan dekat sini kena ikut set ya. 
  • 2-3 RM40
  • 4-6 RM80 (Boleh refill air lemon tea dan nasi) 
 Lemon tea dia memang sedap.

Seafood masak butter (RM40/set)

seafood masak Kam Heong (rm40/set)

rm80/Set
Sorry gambar tak jelas ya
Makan itu nikmat...nyummmm

Tiada ulasan: