Linahlynn

Ruang pencarian

Isnin, 29 Ogos 2016

Lokan Bakar Sabah

Hujung-hujung minggu ini, rajin pula cik Labu ajak kita jalan. Memandangkan dia tak ada luggage ke Bandung. Jadi, dia ajaklah saya temankan dia beli luggage.

Dipendekkan cerita. Kita menuju ke tempat yang selalu orang ramai kata sedap Lokan bakar dan kelapa bakarnya. Tempat ini berada di hujung sulaman sana atau di salut. Kalau nampak gerai-gerai tepi jalan itu lah dia.

Ok lah sampai sana memang ramai kereta. Ada yang singgah beli lokan. Lokan dia memang murah bagi saya lah. Rm12 untuk 1 set. Tapi tak tahulah pula ada berapa lokannya. Memandangkan masih ada rasa kenyang-kenyang sebab sebelum ke lokan bakar ada makan dekat Suria Sabah.

Lupa ambil gambar sebelum masuk kawasan itu. Kita sampai sana lebih kurang jam 5 lebih gitu. Kita pilihlah tempat yang ada ramai orang. Kita order kelapa biasa dengan lokan 1 set. Dalam hati "banyaknya lokan tu, dapat habis kah tidak" . Sementara tunggu Lokan di bakar kita minum kelapa dulu. Kelapa dia tak berapa sedap. Hehe sorry... Mungkin ikut tempat. Sempat lagi dengar orang cina cakap(pelanggan "kelapa u beli tak sedap. Ada rasa lain" erm...begitu terus terang meh... Mak cik tu pun sentum ja tak tahu cakap apa. Tapi memang betul pun tak sedap.

Gambar tak banyak ambil sebab tak sangka saya rajin pula update blog ini malam. Tapi tak apa...

Linahlynn
Memang kawan saya selalu jalan. Cik Labu. Merenung masa depan



Lokan tu ada dua talam tu ya. Time ambil gambar baru satu sampai.


Sambal dia memang terbaik. Dicampur dengan limau. Pergh...Memang menambahkan selera makan.

Ok. Tamat cerita untuk hari ini. Lain hari kita kongsi lagi. 

Ceritaku untuk dibaca.☺️ Thanks lawat blog saya...✌🏻






Tiada ulasan: