Linahlynn

Ruang pencarian

Selasa, 29 Disember 2015

Remaja 14 tahun diculik oleh van putih

Kesihan sungguh apabila terdengar rakaman perbualan mangsa bernama Nur Amirah Athirah 14 tahun  meminta tolong kepada kakaknya. Oh, tidak dapat bayangkan kalau kita yang berada ditempat mereka. Kita doakan agar semua baik-baik saja dan dijauhi perkara-perkara tidak baik.

Kalau kita dengar perbualan tersebut, mangsa menangis meminta tolong agar diselamatkan diculik oleh pihak yang menculiknya(orang yang tidak berperikemuniasaan). Mangsa sempat ternampak signbord Johor ketika dalam van berwarna putih. Memang seram dengar rakaman tersebut.

Kalau saya berada tempat remaja tersebut, memang saya mengigil ketakutan , menangis, dan macam-macam lagi perasaan yang ngeri dalam diri saya.

Van putih?
Sebelum ini pernah baca seorang kanak-kanak hampir diculik oleh van putih di Melaka. Adakah van ini sama digunakan untuk menculik remaja tersebut di Johor.
Van putih yang digunakan oleh penculik. Adakah Van itu sama dengan van yang menculik Nur Amirah Athirah.

Marilah sama-sama berdoa agar beliau selamat. Dan jangan sebarkan berita yang tidak sedap didengar.

Rakaman suara remaja diculik.

p/s : Rakan-rakan, Pembaca , adik-adik, dan sesiapa saja berhati-hatilah ketika berjalan. Yang penting jalan mesti berteman.

Tiada ulasan: