Linahlynn

Ruang pencarian

Jumaat, 1 Januari 2016

Remaja kantoi menipu kononnya diculik Van putih



Hari itu saya ada posting berkenaan Remaja diculik (Klik link - http://coretanhari2ku.blogspot.my/2015/12/remaja-14-tahun-diculik-oleh-van-putih.html) .

Tapi kali ini, dia didapati kantoi atas perbuatannya. Bukan keluarganya saja tertipu malah seluruh negara merasa tertipu dengan remaja tersebut termasuklah saya. huhu... Ramai yang telah memaki hamun terhadap remaja tersebut.

Perkara mengejutkan terjadi apabila Amirah, 14, ditemui selamat bersama lelaki dipercayai teman lelakinya di depan stesen minyak di Banting, 8 malam tadi.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, siasatan awal mendapati dia sengaja membuat cerita dirinya diculik.

Selain itu, Asmah turut meminta maaf sekiranya kehilangan anaknya menyebabkan pelbagai perkara negatif berlaku.

"Suami segera ke balai polis untuk melihat keadaan anak sulung saya, dan dia masih dalam keadaan baik.

"Saya berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana bertungkus lumus menjejaki anak saya sehingga ditemui.

Saya akan mencari jalan penyelesaian supaya perkara ini tidak berulang lagi. Saya dan keluarga harus berbincang sama ada untuk menukarkan dia ke sekolah lain atau sebaliknya," katanya.

Asmah juga berkata dia menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap anaknya.

Sementara itu, rakan kepada Nur Amirah yang enggan namanya disiarkan berkata Amirah mengenali seorang lelaki yang didakwa teman lelaknya sejak seminggu lalu.



Tiada ulasan: