Linahlynn

Ruang pencarian

Ahad, 10 Januari 2016

Riview filem Dilwale

Saya nak bercerita sikit tentang filem yang baru saya dan rakan-rakan saya tengok baru-baru ini di cinema 1Borneo, Sabah. Disebabkan takut Fullhouse kita orang beli online takut sampai sana berbaris tapi habis tiket.

Lepas saya register online di golden screen cinema, saya cepat-cepat terus pilih filem Dilwale. Fuh, memang laku filem ini macam pisang goreng, mungkin sebab filem ini dilakonkan oleh Shah Rukh Khan dan Kajol. Kalau pelakon baru belum tentu filem ini laku.

Filem ini juga berjaya menebus pasaran di Sabah. Sebab apa, pada mulanya ia hanya ditayangkan di Semanjung Malaysia. Disebabkan ramai peminatnya di seluruh dunia termasuk Sabah yang ternanti-nanti gandingan mereka berdua. Maka, ia ditayangkan. memang tak sia-sia ia ditayangkan.

Ketika kami menonton memang dikatakan full house. Sehingga kerusi depan pun full. Masa tengok ini memang feel habis. Apa lagi waktu lagu Manma Emotion Jaage (Dilwale) oleh Varun Dhawan dan Kriti Sonan seperti dalam club. Best sangat lagu ini. Memang terhibur. Macam nak menari pun ada. Selain itu lagu Gerua dan Janam-Janam oleh Shah Rukh Khan dan Kajol memang sangat berhantu. Memang ada wajib dalam list Mp3 saya.

Riview saya selepas tengok Filem Dilwale.

Bab yang paling lucu
- ketika watak Ramlal dan Pogo diceritakan oleh teman Srk. Semua panggung terbahak-bahak ketika scene ini. Kononnya Ramlal dulu seorang tukang cuci kain dan Pogo meninggalkan Ramlal demi wang.
-Ketika Raj dan Meera dating 5 minit. Raj kata"Nasib tiada trafic jem" padahal tempat tu tak sampai seminit dah sampai dan memang tiada kereta yang lalu.

Bab yang menyedihkan
-ketika Veer mengetahui yang Raj/Kaali/Ramlal bukan abang kandungnya.
-Raj dan Veer berpelukan ketika Veer memberitahu dia tak akan tinggalkan abangnya walaupun Raj bukan abang kandungnya.

-Ketika Raj menyelamatkan Meera terjatuh dari gaung. Raj berkata kepada Meera dia tak ingin berjumpa dengan Meera lagi sebab Meera mengkhianti cinta dia.

Bab romantik
-Ketika Raj terlanggar Meera. Disitu kali pertama Raj bertemu Meera.

-Dating 5 minit. Wou memang tempat itu cantik. Raj berusaha memberi yang terbaik pada malam itu.

 Bab suspen
-Ketika Meera mengeluarkan identiti dia yang sebenar kepada Kaali.
-Meera dan Kaali berkejar-kejar selepas Kaali mengetahui Meera mengkhianatinya.


Oklah setakat itu saja saya boleh bagi. Selebihnya kenalah tengok sendiri.

Bintang :
oleh kerana saya peminat setia Kajol
saya bagi 10/10 bintang bagi keseluruhan filem ini.
lagu - 10/10 bintang juga. Sebab semua lagu dalam filem ini best-best.

1 ulasan:

Izzati Amira berkata...

heheh thumbs up!!! best!! dah tengok dua kali. hihi