Inilah rombongan kita orang. 14 orang semuanya. |
Jam 3.15pm bersamaan hari sabtu lepas kerja. Kita berjumpa dekat KKIA (Airpot Sabah) . Flight kita orang jam 4.10pm. Jakarta ini memang jem.Nasib malam itu kita tiba takla beraba jem. Orang Indonesia panggil macet.
Jam 8.32 malam kita sampai Jakarta, Dsini kita cuma sewa transport.Namanya Pak Dodi, ini nombornya +6281394346116.Boleh lah... Kita orang ambil Pakej pengangkutan dan tiket ke Tangkuban,Flooting Market, Farm House dan Kawah Putih saja. Makan bajet sendiri.
Sebenarnya kita plan ke Bandung terus. Memandangkan tiada direct flight ke Bandung terpaksa Ke Jakarta dulu.
Untuk bajet saya atau untuk seorang sila klik sini----> bajet ke Jakarta dan Bandung
itulah Pak Dodi. Empunya kereta sewa tu |
Sambung cerita tadi. Perjalanan dari Jakarta ke Bandung mengambil masa 4 jam. Penat gila duduk dalam van. Sampai hotel dah lewat benar jam 1.27am waktu Indonesia. (waktu Malaysia lebih awal sejam dari Indonesia). Nama hotel kami booking adalah Hotel. Memang lumayan sangat, cuma kurang bersih sikit ya. Sudu besi untuk buat kopi agak kurang bersih. Kita sini ada free breakfast ya. Makanan dia bolehlah. Walaupun menu dia sama setiap hari. Kita sana ada tiga hari.
Ini kereta sewa. |
Tips untuk lebih murah. Lebih baik urus tiket dan hotel sendiri. Sebab kalau guna agen memang kena cas(Tak pastilah pula berapa cas dia). Jadi pandai-pandailah buat bajet.
Oklah... Setakat sini saja dulu. Penat taip panjang-panjang. Nanti kita bersambung pula part kedua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan