Awal pagi lagi jam 6.30 saya dan cik Labu turun nak breakfast. Berbaloi walaupun sewa hotel tak mahal tapi termasuk serapan pula itu. Walaupun makanannya tak berapa sedap dan menunya sama setia hari selama kita berada sana. Tapi oklah. Hotelnya taklah mahal sangat.
Lepas makan jam 8 kita jalan ke Kawah Putih yang mengambil masa 3 jam lebih. Jauh perjalanan, luas pandangan. Dalam perjalanan macam-macam kita nampak. Saya share sedikit gambar-gambar dan pengalaman. Kalau share semua susahlah nak uplod semua.
|
ketika majlis perkahwinan. Upin Ipin dekat sana memang famous lah. Nampak itu. Di mana-mana ada jual. |
|
Kalau nampak macam ini tandanya ada majlis perkahwinan. Pak Driver yang cakap. |
Kalau di jalan raya memang ramai orang menggunakan motor. Di mana-mana nampak motor. Dalam gambar ini tersnap yang sedikit motor pula.
|
Memang ramai menggukan Motor berbanding kereta. |
|
Botol itu untuk isi air bersih. Kalau sini ada mesin air. Sana kena beli. |
Akhirnya sampai juga kita dekat Kawah Putih. Tiket masuk dalam ini RM25/Pax.
|
Ini dekat luar. Memang cantik dekat sini. Kalau bergambar memang tak puas tapi kena cepat sebab masa itu emas. |
|
bergambar dulu sebelum teruskan jalan ke Kawasan Kawah Putih. |
|
Masing-masing menunggu Pak Driver beli tiket. |
Dekat pembelian tiket ini memang ramai penjual. Turun ja dari bas korang kena kejar untuk beli barang mereka. Kalau tak pandai minta diskaun, korang janganlah beli. Orang pangil sini "tawar" . "boleh tawar ngak" korang test macam ini confirm kena bagi. Mintalah harga yang semurah-murah dan selayak-layaknya. Kalau tak suka jangan tawar lah pula. Kecian tahu.
Gambar atas ini tempat beli tiket. Kena guna kereta lagi menuju ke kawah Putih. Agak jauh juga sebab kena naik bukit. Tapi memang kena ikut kereta lah.
Memandangkan kita ke sana Hari Ahad memang terlalu ramai pelancong. Berhati-hatilah bawa beg sebab takut ada yang mengambil kesempatan mencaluk beg.
|
Kena masuk kena pakai mask. |
Kalau masuk sini kena pakai mask. Kalau tak bawa kena beli dekat jalan masuk tu ada jual mask. Kita memang ada beli dekat mart indo sebelum datang sini.
|
Para Penjual menanti pelanggan membeli jualan mereka. |
|
Eksen dulu. Belakang itu ramai sangat orang. Susah sangat ambil gambar yang cantik. Maklumlah masa itu emas. Kena cepat. Bergambar buka mask supaya nampak muka. Hehe |
Dekat sini kena bagi masa 30 minit ja. Sebab bau dia memang kuat. Tepi-tepi tangga ada jual balerang (ngam ke eja ini). Jadi kena lah ambil gambar cepat-cepat. Susah sangat ambil gambar cantik sebab ramai sangat orang.
|
Ramai ja manusia di belakang. |
|
Tak dapat bergambar satu group. Semuanya berpasangan. Ops...Dua single lah. Masing-masing ambil gambar di belakang itu. Tak bagi chance langsung. Tak apa yang penting nampak "KAWAH PUTIH" itu. |
|
Jangan lepaskan peluang bergambar dekat sini. Cantik tempat ini. Sejuk macam di Kundasang. |
Lepas siap dari sini kita berangkat ke Kota Bandung semula. Memang lapar lepas itu tapi entah jam berapa kita makan. Lebih kurang jam 3 gitu. Masing-masing tertidur dalam kereta sepanjang perjalanan ke Kota Bandung. Kalau ada bajet nak datang lagi. Mudah-mudahan. Amin.
Baca juga pengalaman kita ke
Trip ke Jakarta & Bandung part 1
Trip ke Jakarta & Bandung part 2 (Tangkuban Perahu)
Bajet Ke Jakarta & Bandung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan