Linahlynn

Ruang pencarian

Isnin, 3 Oktober 2016

Trip ke Jakarta & Bandung part 3 (Tangkuban perahu)

Hari kedua, kita ke Tangkuban Perahu. Kali ini lebih awal kita jalan. Lepas serapan pagi. Jam 7 begitu kita jalan ke Tangkuban Perahu sebab takut tak cukup masa.

Dekat sini macam di Kawah putih juga. Ramai peniaga menarik perhatian pelancong untuk membeli barang mereka. Contohnya, Monopod (Pun ada) , baju sejuk, Key chain dan sebagainya.  Kalau dah tawar mesti beli.

Tiba saja di sana. Ada seorang peniaga (lupa namanya) dia asyik ikut ja kita ke mana. Siap tawarkan diri lagi untuk ambil gambar kita orang sambil terangkan tempat itu. Saya pun tak lepaskan peluang. Orang itu cakap dia ikhlas nak tolong ambil gambar. Tapi, Last dia nak minta tipslah pula RM10. Saya tak bagi sebab saya dah beli key chain dia. "Cakap ikhlas, tapi minta tips juga"

Masuk Sini RM85/Pax. Mahalnya...Tak apalah bukan selalu.
Sampai ja terus bergambar depan ini.
Di sini ada gerai tepi-tepi ya. Tapi, kita tak singgah makan. Singgah bergambar ja.

 Gambar di sebelah ini di ambil oleh peniaga di sana. Posing sakan kita berdua sebab ada tolong ambilkan gambar. Dekat sini memang ramai sangat pelancong. Terutama dari Malaysia.

Gambar percutian kita ada di --> Album ini (kena add dulu saya tau)

Part ke-dua ada di Kisah ku ke Kawah Putih
Gambar ini di atas kena naik tangga untuk naik atas ini.
Tu bekas gunung berapi. Salah satu orang tempatan itu cakap. Gunung ini masih aktif...

Pengalaman yang tak dapat di lupakan bila kita berdua dengan cik Labu naik kuda. Naik 100,000 rupiah (RM30 Begitu) .

Cantik tak kuda ini... Kuda ini nampak sedih lah pula. baru perasan. Huhu..Apa tak sedih sebab ramai dah orang naik kuda ini. Nampak penatla itu.
Disini kita tak dapat join ambil gambar ramai-ramai sebab masing-masing berjalan. Walaupun sekejap tapi sangat happy. Dekat sini pun kena ambil masa 30 minit juga tau. Takut tak cukup masa ke Farm house pula.

Ok bersambung di episode seterusnya...




Tiada ulasan: