Linahlynn

Ruang pencarian

Selasa, 25 Februari 2020

Jackie Chan Dijangkiti Coronavirus?



Dilaporkan Jackie Chan atau nama sebenarnya Chan Kong-Sang, 65 tahun, mungkin dikuarantin kerana suspek jangkitan Coronavirus. Tetapi pihak Jackie Chan masih belum menafikan atau mengesahkan berita ini. Semoga uncle Jackie Chan baik-baik sahaja.

Menurut informasi dari media Asia, pelakon tersebut dan 60 orang tetamu menghadiri parti peribadi di Yau Yat Chuen Garden Club di Kowloon, dan salah seorang tetamu diuji positif Coronavirus.
Beberapa minggu lepas di aplikasi Weibo, Jackie Chan menawarkan sejuta renminbi (RM587,709) kepada individu yang dapat menghasilkan antidot bagi coronavirus (2019-nCoV). 

sumber telah di dapati di sini.

Virus corona mulai merebak di Wuhan, China, pada Desember lalu. Para pejabat negara mengatakan virus corona mungkin berasal dari hewan liar yang dijual di Pasar Makanan Laut Huanan (Huanan Seafood Market) yang terletak di pusat kota Wuhan. Ini kerana segelintir masyarakat telah memakan makanan eksotik seperti ular, kelawar , tikus dan musang. 


Tiada ulasan: