Linahlynn

Ruang pencarian

Jumaat, 10 April 2020

VIRALLL!!! Kisah pemuda berjalan kaki dari Kota Kinabalu ke Kota marudu ditemani oleh Anjing jalanan

Banyak negara yg memuji Malaysia dalam menangani isu mengenai Covid19 setakat ini.

ALIXSON MANGUNDOK BERSAMA ANJING JALANAN YANG MENEMANINYA

Selain Kebajikan rakyat yang cukup terjaga...

Namun satu lagi kisah yg kini trending adalah mengenai Alixson Mangundok,seorang jejaka kelahiran Sabah yang menjadi sensasi internet apabila berjalan kaki dari Kota Kinabalu ke Tempat kelahirannya di Kota Marudu sejauh 120km yang mengambil masa lebih kurang 3hari mendapat perhatian ramai.

Tujuan Alixson berjalan kaki adalah kerana dia baru sahaja pulang dari Jepun dan setelah disaring,doktor mengesahkan dia masih bebas dari Covid19 dan dinasihatkan untuk kuarantin diri sendiri selama 14 hari dirumah.

Risau dia mungkin dijangkiti dan akan menjangkiti orang lain,Alixson mengambil keputusan berjalan kaki sahaja untuk pulang ke rumahnya walaupun jarak sangat jauh.

Sepanjang perjalanannya,Alixson telah ditemani oleh seekor anjing jalanan yang akhirnya telah diambilnya menjadi Anjingnya sendiri yang dinamakan Hachiko.

Sepanjang perjalanan,Alixson hanya berhenti seketika di Bustop utk rehat dan kemudian meneruskan perjalanannya.Alixson tidak ada selera makan dan hanya makan bila perlu dan memberi Hachiko makan sekali apabila anjing itu lapar.

Apabila melalui roadblock dan petugas polis,Alixson hanya menyatakan niatnya yang sebenar.Walaupun ramai tidak percaya,apabila diyakinkan mereka semua melepaskannya dan hanya menyuruhnya untuk berhati hati.

Setelah berjalan sekian lama,Alixson akhirnya tiba ke kampung halamannya dan tinggal di pondok kebun keluarganya untuk kuarintin dirinya sendiri keputusan saringannya negatif.

Kisahnya ini patut jadi teladan dan ingatan kita semua bahawa Alixson sangat tidak mementingkan diri sendiri dan berusaha sebaiknya untuk menjadi Individu yang bertanggungjawab selain mendapat kawan baharu yg setia menemaninya dalam perjalanan yang jauh ini.

Tiada ulasan: